My Add

Saturday 5 January 2013

Pengarah Pilihan Raya DAP letak jawatan serta-merta

GEORGE TOWN, JUMAAT, 04 Januari, 2013: Pengarah Pilihan Raya DAP, Pooi Weng Keong bertindak meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta ekoran kesilapan dalam pengiraan undi dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) baru-baru ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Weng Keong turut meletakkan jawatan sebagai ahli jawatankuasa DAP Wilayah Persekutuan.

"Weng Keong telah memaklumkan kepada saya sehari selepas pemilihan CEC tentang 'kesilapan' undi tersebut," katanya kepada pemberita di Esplanade di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang kelihatan sugul ketika sidang akhbar tersebut berkata, DAP akan bersikap terbuka dalam menerima kritikan negatif daripada pelbagai pihak.

"Apa yang lebih penting ketika ini adalah kita bersikap jujur dan telus kerana bersedia mendedahkan kesilapan 'teknikal' ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment