My Add

Friday 25 January 2013

Penghuni masuk semula
Oleh ROZIANAH RISMAN

*MOHD.. Faliq Mohd. Fadzil membersihkan rumahnya setelah dibenarkan pulang oleh pihak pemaju di kawasan Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur, semalam. - Utusan/Eszreen Quyyum Sies

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 24 Januari, 2013: Sebahagian penghuni rumah teres di sekitar Bukit Setiawangsa di sini, mula berpindah masuk semula ke kediaman masing-masing selepas menerima notis kebenaran berbuat demikian kelmarin.

Penghuni, Mohd. Faliq Mohd. Fadzil, 25, berkata, dia dan ahli keluarganya baru hari ini berpindah masuk ke rumah mereka selepas menerima notis itu daripada syarikat pemaju, I & P Group Sdn. Bhd. (I & P).

"Mujurlah kami sudah dibenarkan berpindah masuk semula ke kediaman masing-masing.

"Jika tidak, kami terpaksa memikirkan kos menyewa rumah yang mahal, kelengkapan rumah tidak mencukupi dan pergerakan ke tempat kerja juga amat menyukarkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment