My Add

Thursday 10 January 2013

Penguatkuasa farmasi rampas ubat perangsang, peralatan seks RM1.25 juta

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 10 Januari, 2012: Cawangan Penguatkuasa Farmasi, Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur hari ini membuat rampasan terbesar pelbagai jenama ubat perangsang dan peralatan seks bernilai RM1.25 juta dari sebuah premis kedai dua tingkat di Jalan Pasar di sini.

Ketua Penguatkuasa di cawangan itu, Adnan Salimin berkata, dalam serbuan jam 2.30 petang itu, pihaknya menemui ubat perangsang dan peralatan seks berkenaan disimpan dalam tiga bilik manakala dua bilik lagi sudah dikosongkan.

Beliau memberitahu pemberita di tempat serbuan, barangan yang dirampas itu dipercayai untuk dijual kepada peniaga kaki lima di Jalan Pudu, Lorong Haji Taib, Bukit Bintang, Jalan Petaling dan kedai-kedai ubatan tradisional sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.

Katanya, serbuan dibuat hasil maklumat orang awam serta risikan jabatan itu selama dua bulan.

Adnan menasihati orang ramai supaya tidak membeli ubat di kaki lima atau pasar malam memandangkan ia tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan berbahaya kepada kesihatan.

Katanya, penggunaan ubat kesihatan lelaki atau perangsang seks yang mengandungi bahan 'sildenafil' dan 'tadalafil' tanpa kawalan doktor atau ahli farmasi boleh menyebabkan kesan sampingan seperti tekanan darah rendah, sakit otot serta gangguan penglihatan.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Akta Racun 1952. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment