My Add

Thursday 17 January 2013

Penubuhan Majlis Media sedang diperincikan

KUALA LUMPUR, RABU, 16 Januari, 2013: Draf rang undang-undang berhubung penubuhan Majlis Media secara dasarnya sedang diperincikan melibatkan beberapa komponen antaranya keahlian, fungsi, pihak yang ditakrifkan sebagai wartawan, sekatan-sekatan dan sumber kewangan.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, untuk itu draf undang-undang terbabit dirangka berdasarkan kajian di beberapa buah negara termasuk United Kingdom, Australia, India, Hong Kong dan Singapura.

Malah, jelasnya, Jabatan Peguam Negara turut mengadakan sesi perundingan melibatkan wakil-wakil media termasuk Kelab Wartawan Asing Malaysia (FCCM).

"Setakat ini, sebanyak lapan mesyuarat diadakan dengan turut melibatkan blogger. Kita juga menggalakkan penyertaan pihak berkepentingan dan orang awam untuk memberikan input berhubung cadangan penubuhan majlis itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment