My Add

Saturday 26 January 2013

Penunggang maut, isteri parah dalam nahas

Oleh FARIK SALLEH

KOTA TINGGI, SABTU, 26 Januari, 2013: Seorang lelaki maut manakala isterinya parah selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta di Kilometer 63, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi dekat Pasak di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 7.20 pagi itu, mangsa, Nazri Paino, 35, dari Taman Pasak Indah meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, Sarizah Md. Sharip, 34, cedera parah di kaki kanan dan badan.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Che Mahazan Che Aik berkata, pasangan itu menaiki motosikal jenis Honda Wave di bahu jalan dan tiba-tiba masuk ke jalan utama sebelum dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi dari arah kota Tinggi ke Sungai Rengit. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment