My Add

Friday 25 January 2013

Perbuatan bersifat hina agama

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
 

*RAJA Dr. Nazrin Shah bersalaman dengan orang ramai ketika menghadiri sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak di MRSM Trolak dekat Tanjung Malim semalam. - Utusan/Roy Azis Abd Aziz
TANJUNG MALIM, KHAMIS, 24 Januari, 2013: Perbuatan orang bukan Islam yang lantang mencabar perkara berkaitan Islam termasuk memetik contoh-contoh yang tidak tepat dalam ucapan mereka untuk melukiskan imej Islam secara negatif telah melanggar adab resam beragama secara harmoni serta bersifat menghina Islam.

Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, tatasusila menghormati agama Islam dan perasaan umatnya wajar dipatuhi sebagaimana contoh teladan toleransi dan hormat yang telah diperlihatkan umat Islam terhadap agama-agama lain.

Titah baginda, ini selaras dengan maksud yang terkandung dalam ayat tiga hingga enam, surah al-Kafirun: Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untuk kamulah agama kamu, dan untuk akulah agama aku. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment