My Add

Friday 25 January 2013

Permohonan FAM batal saman Annuar Musa ditolak

SHAH ALAM, JUMAAT, 25 Januari, 2013: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dengan kos permohonan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membatalkan saman pemula yang difailkan Tan Sri Annuar Musa berhubung penggantungan beliau sebagai Timbalan Presiden FAM.

Hakim Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu di dalam kamarnya.

Peguam Yusfarizal Yussoff yang mewakili Annuar ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata hakim menolak permohonan itu selepas mendapati permohonan yang dibuat oleh anak guamnya mempunyai asas.

Beliau berkata mahkamah menetapkan 25 Februari ini untuk pendengaran kes itu.

Pada 5 Jun 2012, Annuar selaku plaintif memfailkan saman pemula di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan FAM sebagai defendan pertama dan Setiausaha Agungnya, Datuk Azzudin Ahmad sebagai defendan kedua.

Dalam pernyataan tuntutannya, Annuar mendakwa hukuman yang dijatuhkan terhadapnya tidak sejajar dengan pertuduhan asal dan draf pertuduhan terhadapnya mengandungi kecacatan serta FAM bertindak secara mala fide (berniat jahat). - BERNAMA

No comments:

Post a Comment