My Add

Friday 18 January 2013

Permohonan maaf tidak memadai - Ilmu

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 17 Januari, 2013: Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu) mahu pelakon, Patrick Teoh dikenakan tindakan undang-undang dan dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan menghina Islam dan kitab suci al-Quran.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjanya, Fathul Bari Mat Jahya berkata, meskipun Patrick dikatakan telah memohon maaf atas perbuatannya itu, tindakan itu tidak memadai.

Sehubungan itu, beliau berkata, Patrick wajar dikenakan tindakan paling tegas berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada supaya perbuatan biadab tersebut tidak lagi berulang, sekali gus memberikan pengajaran kepada orang lain.

"Bukan itu sahaja, kerajaan perlu mewujudkan akta yang lebih tegas supaya isu menghina Islam tidak lagi timbul. Jika tidak, budaya menghina Islam dan kemudian meminta maaf akan menjadi tradisi. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment