My Add

Wednesday 23 January 2013

Permohonan peguam batal notis SPRM, 30 Januari

KUALA LUMPUR, RABU, 23 Januari, 2013: Permohonan dua peguam untuk membatalkan notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mereka berhubung siasatan kes membabitkan National Feedlot Corporation (NFC) akan diketahui 30 Januari ini.

Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Zaleha Yusof selepas mendengar hujahan pihak-pihak yang terlibat dalam kes itu.

Peguam Latheefa Koya dan Murnie Hidayah Anuar selaku pemohon memohon diberikan kebenaran untuk membuat semakan kehakiman terhadap notis oleh SPRM.

Kedua-dua pemohon menamakan SPRM, kerajaan Malaysia dan Penolong Penguasa SPRM, Suziana Ali sebagai pihak responden.

Pemohon mendakwa notis bertarikh 19 Mac 2012 meminta mereka yang mewakili Datuk Shamsubahrin Ismail, supaya hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada 23 Mac tahun lalu bagi membantu siasatan kes rasuah Pengarah Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail.

Mereka mendakwa telah diberikan notis itu setelah hadir menemani Shamsubahrin ke pejabat SPRM pada hari yang sama.

Notis berkenaan juga menyatakan, kegagalan mematuhinya, mereka boleh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 48C Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 69 akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment