My Add

Sunday 6 January 2013

Pertahan Melayu demi Islam

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN

*ISMAIL Mina Ahmad (kiri) mendengar sesuatu yang diperkatakan oleh Ibrahim Ali ketika Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara di Pusat Islam Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, SABTU, 05 Januari, 2013: Orang Melayu mesti mempertahankan kuasa politik yang dimiliki untuk memastikan Islam sebagai agama rasmi kekal dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, seandainya kuasa politik itu gagal dipertahankan, bukan sahaja agenda perkembangan Islam tidak mampu dilaksanakan malah kedudukan agama itu dalam Perlembagaan Persekutuan juga tidak terjamin.

Menurut beliau, kedudukan agama Islam di negara ini cuba digugat oleh bukan Islam dengan bantuan segelintir umat Islam berfahaman liberalisme dan pluralisme yang sanggup berbuat demikian demi kepentingan dan agenda politik mereka. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment