My Add

Sunday 20 January 2013

Pertempuran sengit dekat Damsyik

 *GAMBAR kombo yang diambil daripada saluran berita Al-Jazeera (dari atas-kiri) dan imej video daripada YouTube merakamkan wakil Al-Jazeera, Mohammed Hourani membuat liputan semasa pertempuran antara pemberontak dan tentera Syria di Basra al-Harir di selatan Syria (atas-kiri) memegang mikrofon stesen satelit berpangkalan di Qatar (atas-tengah) untuk menyeberang jalan (atas-kanan) ketika dia ditembak oleh penembak curi (bawah-kiri) dan mengalami kecederaan (bawah-tengah) dan dibantu seorang pemberontak (bawah-kanan). - AFP

DAMSYIK, SABTU, 19 Januari, 2013: Pertempuran sengit meletus di pekan yang didiami majoriti puak Kurdis dekat Damsyik, ketika ketua hak asasi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Navi Pillay mengenakan tekanan ke atas Majlis Keselamatan supaya menyiasat jenayah perang dalam konflik di Syria.

''Saya telah menggesa Majlis Keselamatan PBB supaya merujuk konflik di Syria kepada ICJ bagi mendakwa kes mengikut jenayah perang dan jenayah keganasan kemanusiaan terhadap semua pihak yang terlibat dalam konflik tersebut,'' kata Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia PBB itu.

Keganasan di Syria semalam meragut berpuluh-puluh nyawa, termasuk seorang wartawan Al-Jazeera, wartawan kedua terbunuh dalam tempoh 24 jam oleh penembak curi, lapor saluran berita pan-Arab.

Mohammed Hourani "ditembak oleh penembak curi rejim", lapor Al-Jazeera, sehari selepas wartawan Perancis, Yves Debay ditembak mati di utara bandar Aleppo, menurut Pemerhati Syria bagi Hak Asas Manusia.

Hourani sedang membuat liputan pertempuran di wilayah Daraa di selatan ketika dia ditembak, lapor stesen berita itu.

Di utara dekat Damsyik, jet pejuang tentera kerajaan mengebom kubu pemberontak termasuk di Daraya, sementara tentera darat dihantar ke pekan itu untuk menawannya semula daripada pemberontak, kata aktivis.

Sebuah bangunan yang dijadikan hospital terbuka dibedil dan penduduk bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan, kata aktivis, Abu Kinan kepada AFP melalui Internet.

Bagaimanapun, menurut Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, sekurang-kurangnya 119 maut dalam keganasan di seluruh Syria, semalam termasuk 93 orang awam.

Pertempuran turut berlaku di bandar Ras al-Ain dekat sempadan Turki membabitkan pemberontak dan militia Kurdis dalam usaha mereka menawan semula daerah itu.

Pemberontak terdiri daripada kumpulan Al-Nusra dan Ghuraba al-Sham melancarkan serangan menggunakan tiga kereta kebal dari Turki.

Bagaimanapun, militia Kurdis berjaya merampas sebuah daripada kereta kebal itu. - AFP

No comments:

Post a Comment