My Add

Friday 11 January 2013

Pertikaian wilayah: PM Jepun kritik China

TOKYO, JUMAAT, 11 Januari, 2013: China ‘tersilap’ kerana menjadikan perniagaan milik rakyat Jepun di negara itu sebagai sasaran sebahagian kempen berhubung krisis pertikaian wilayahnya dengan negara tersebut, kata Perdana Menteri Jepun, Shinzi Abe hari ini.

“Atas kepentingan politik, mengganggu syarikat atau rakyat Jepun di China yang turut membantu menjana ekonomi negara itu dan masyarakatnya, saya mengatakan ia satu tindakan yang salah bagi China dalam komuniti antarabangsa," katanya.

Menurutnya, tindakan itu hanya merosakkan hubungan dua hala, dan memberi pengaruh tidak baik terhadap ekonomi dan masyarakat China. - AFP

No comments:

Post a Comment