My Add

Sunday 13 January 2013

Peserta Himpunan Shamsidar langgar syarat polis

 *RIBUAN peserta yang menyertai Himpunan Shamsidar membuat provokasi terhadap kenderaan awam yang melalui Jalan Sultan semasa berarak ke Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, SABTU, 12 Januari, 2013: Para peserta Himpunan Shamsidar yang terdiri daripada penyokong-penyokong parti pembangkang didapati melanggar beberapa syarat ditetapkan pihak polis meskipun pihak penganjur diwakili Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sebelum ini bersetuju mematuhinya.

Kesemua syarat tersebut tertakluk kepada peruntukan Seksyen 15 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang bertujuan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam serta perlindungan hak serta kebebasan orang ramai.

Antara syarat yang jelas dilanggar oleh para peserta ialah membawa kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment