My Add

Thursday 10 January 2013

Pihak bertelagah di Syria bertukar tahanan

DAMSYIK, KHAMIS, 10 Januari, 2013: Pertukaran tahanan antara pihak bertelagah di Syria berlangsung buat pertama kali semalam dengan pemberontak membebaskan 48 rakyat Iran untuk ditukarkan dengan lebih 2,000 tahanan kerajaan.

Pertukaran yang dilaporkan ditaja oleh Turki, Qatar dan Iran itu berlangsung menjelang rundingan tiga hala antara Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab, Lakhdar Brahimi, Amerika Syarikat dan Rusia yang berlangsung di Geneva, Jumaat ini.

Bagaimanapun, perkembangan itu tidak menghalang pembunuhan di negara ini daripada terus berlaku. - AFP

No comments:

Post a Comment