My Add

Saturday 5 January 2013

PM, isteri ziarah bekas Ketua Cawangan UMNO Tanah Putih

PEKAN, SABTU, 05 Januari, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini meluangkan masa kira-kira 20 minit menziarahi bekas Ketua UMNO Cawangan Tanah Putih di sini yang terlantar sakit.

Sheikh Othman Sheikh Ahmad, 71, yang lumpuh sebelah badan selepas mengalami

serangan jantung dan kencing manis itu ternyata sebak ketika menerima kunjungan perdana menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di rumahnya di kampung Tanah Putih di sini.

Perdana menteri dan isteri turut berbual-bual dan bertanya khabar Syeikh Othman yang terlantar lumpuh sejak sembilan tahun lalu.

Menurut Sheikh Othman, dia memang berhasrat untuk menemui pemimpin nombor satu negara yang sangat disanjunginya itu.

"Saya pernah berjumpa perdana menteri sebelum ini ketika masih lagi aktif dalam politik.

"Saya rasa amat terharu apabila dapat bertemu perdana menteri hari ini. Hasrat dan impian saya tercapai," kata bapa kepada 16 orang anak itu di sini, hari ini.
Sementara itu, anak sulong Sheikh Othman, Siti Robiah, 48, berkata, bapanya
sangat aktif dalam pelbagai persatuan dan mula bergiat dalam politik sejak tahun
80-an.

Beliau berkata, selepas mengalami serangan jantung pada hujung tahun 2003,
bapanya melepaskan semua jawatan dalam politik dan aktiviti sosial.

"Ayah saya juga pernah berkhidmat sebagai pengerusi peladang kawasan Pekan selama 12 tahun," katanya.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment