My Add

Thursday 10 January 2013

Polis bongkar rangkaian curi di NS dan Selangor

SEREMBAN, KHAMIS, 10 Januari, 2013: Polis berjaya membongkar beberapa kes jenayah samun barang kemas hampir RM80,000 dan curi kereta di negeri ini dan Selangor selepas menangkap dua lelaki tempatan dalam cubaan pecah rumah di Kelab Golf Taman Tuanku Ja'afar. dekat sini bulan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, dua lelaki berusia 30 tahun itu ditangkap pada 22 Disember lalu, sekitar pukul 10.15 pagi ketika cuba melarikan diri di kawasan perumahan berkenaan.

"dua orang suspek berada dalam rumah tidak sempat lari ketika diserbu.

"Manakala seorang lagi suspek berjaya melarikan diri selepas meninggalkan sebuah kereta Proton Inspira yang dipercayai kereta curi,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment