My Add

Wednesday 23 January 2013

Polis buru 2 lelaki menyamar Rela, terlibat samun bersenjata

 *KU Chin Wah (kanan) menunjukkan gambar suspek samun bersenjatapi, Azman Ismail atau dikenali sebagai 'Man Jambu' semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO (PELATIH PERETAK) 

 
*AZMAN ISMAIL... Suspek yang diburu, juga dikenali sebagai 'Man Jambu'." - UTUSAN

KUALA LUMPUR, RABU, 23 Januari, 2013: Polis sedang memburu dua lelaki bagi membantu siasatan kes samun bersenjata membabitkan individu yang menyamar anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di Bandar Baru Sentul, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, polis mengenal pasti seorang daripadanya sebagai Azman Ismail juga dikenali 'Man Jambu'.

Dalam kejadian 2.20 pagi itu, dua suspek menahan sebuah kereta dipandu seorang lelaki yang mahu menghantar rakannya di sebuah pangsapuri dan memperkenalkan diri mereka sebagai anggota Rela, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

"Seorang daripada suspek telah meminta 'angpau' daripada rakan mangsa serta menunjukkan pistol yang berada di pinggangnya.

"Mangsa yang ketakutan menyerahkan wang tunai RM50 kepada suspek.

Namun suspek tidak berpuas hati dan merampas telefon bimbit mangsa sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal," katanya.

Mengulas kes lain, Ku berkata, polis menerima laporan daripada lima wanita yang melarikan diri dari sebuah pusat perlindungan wanita di Kampung Sungai Mulia, Gombak, kelmarin, mendakwa pusat itu terbabit dalam kegiatan penjualan bayi.

"Tiga daripada lima wanita itu mendakwa bayinya diambil dan diberi kepada keluarga angkat tanpa persetujuan dan dipaksa menandatangani beberapa dokumen sebelum bayi mereka diserah kepada keluarga angkat tanpa persetujuan," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang masih dalam pantang mendakwa turut dikurung dan tidak dibenar bercakap dengan orang luar serta dipaksa membayar jumlah wang jika mahu bayi mereka kembali.

Menurut Ku, pusat itu pernah diserbu Jabatan Kebajikan Masyarakat dan didapati beroperasi tanpa lesen sah. - BERNAMA

 

No comments:

Post a Comment