My Add

Thursday 10 January 2013

Polis sahkan identiti dua suspek lolos ditembak mati

Polis dibelasah penjenayah: Sembur serbuk lada
*ORANG ramai memberikan bantuan kepada seorang anggota polis yang cedera selepas dipukul sekumpulan OKT

BUKIT MERT, KHAMIS,10 Januari, 2013AJAM: Polis Pulau Pinang mengesahkan dua suspek yang ditembak mati di Padang Ibu, tengahari ini adalah Joe Mafia atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Adam, 31, dan Mohd Noor Mohd Mustaffa,28, atau "Boy".

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya mendapat maklumat pada jam 12.30 tengahari mengatakan kenderaan dinaiki suspek dilihat di kawasan Kubang Semang, kira-kira jam 12.45 tengahari. - BH

Dua tahanan lolos ditembak mati di Bukit Mertajam


BUKIT MERTAJAM: Dua daripada tujuh tahanan yang melarikan diri ketika dalam perjalanan ke Mahkamah Sesyen Butterworth dari Penjara Pulau Pinang, Isnin lalu berjaya ditembak mati polis dalam satu kejadian tembak-menembak di Kampung Pelet,di sini tengahari tadi.

Bagaimanapun, identiti mereka yang ditembak mati itu setakat ini masih belum dikenal pasti.

Difahamkan,suspek yang menaiki kereta jenis Proton Perdana sebelum itu dikatakan memasuki kawasan kampung berkenaan melalui Padang Ibu dan dikejar sebuah kenderaan Honda CRV sambil melepaskan tembakan.

Kenderaan yang dinaiki suspek kemudiannya terbabas lalu terjunam ke dalam tali air.

Kejadian turut disaksikan beberapa penduduk yang menjalankan rutin harian di sepanjang tali air tersebut.

Ketika ini, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Timbalannya, Datuk Abdul Rahim Jaafar turut berada di lokasi kejadian. - BH

No comments:

Post a Comment