My Add

Saturday 12 January 2013

Presiden Pas lancar buku Amanat Haji Hadi

Oleh RADHUAN HUSSAIN

*ABDUL Hadi Awang
menandatangani buku semasa Pelancaran Buku Amanat Haji Hadi antara Fitnah dan Fatwa di Masjid Rusila, Marang, Terengganu, semalam. - UTUSAN/SHAIFUDIN MOHD. NOR

MARANG 11 Jan. - Biarpun dikecam hebat agar Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya yang didakwa memesongkan akidah umat Islam, Presiden Pas itu tidak menghiraukan desakan tersebut sebaliknya menegaskan beliau tetap akan mempertahankan amanat berkenaan.

Berikutan itu, beliau turut melancarkan buku Amanat Haji Hadi untuk cetakan kali kedua selepas selesai menyampaikan kuliah mingguannya di Masjid Rusila, di sini hari ini.

Buku setebal 74 muka surat itu bertajuk Amanat Haji Hadi, Antara Fitnah dan Fakta selain tajuk kecil di bawahnya yang menyebut Penghuraian dan Penjelasan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang disusun oleh Muhammad Khalil Abdul Hadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment