My Add

Monday 14 January 2013

PRU-13: Wakil rakyat UMNO Kedah ikrar sokong calon BN

Oleh JAMLIAH ABDULLAH


ALOR SETAR, ISNIN, 14 Januari, 2013: Semua wakil rakyat UMNO negeri ini berikrar satu hati memberi sokongan kepada siapa sahaja calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang demi merampas kembali Kedah.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, pihaknya berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh wakil rakyat terbabit yang berjanji merapatkan barisan dan mengelakkan perpecahan dalam parti.

Katanya, sudah tiba masanya untuk melupakan sebarang ketidaksefahaman demi penyatuan untuk memenangkan parti.

"Soal calon kita serah kepada Perdana Menteri, siapa juga calon itu adalah calon boleh menang dan kita akan bekerjasama untuk menangkan parti itu ikrar semua wakil rakyat UMNO," katanya pemberita di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment