My Add

Friday 25 January 2013

PRU: Turun, naik situasi biasa

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 24 Jan Ketidaktentuan pasaran yang berlaku sekarang adalah reaksi biasa bagi sesebuah negara yang bakal mengadakan pilihan raya umum (PRU).

Penganalisis pasaran, Nazzary Rosli berkata, pasaran saham memang bersifat sensitif dan berikutan itu bukan sesuatu luar biasa apabila prestasinya turun dan naik.

"Spekulasi mengenai pembubaran Parlimen semakin hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

"Malah, tingkahlaku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang giat melawat negeri-negeri adalah selari menunjukkan beliau berada dalam mood pilihan raya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah beliau, semakin hampir PRU, semakin ketidaktentuan pasaran akan dirasai.

"Apa pun, reaksi itu bukan negatif tetapi semulajadi dan memang dijangkakan," ujar beliau.

Mengulas lanjut, Nazzary berkata, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, prestasi saham semasa dijangka jatuh sekitar 1,600 mata apabila spekulasi PRU semakin kencang.

Bagaimanapun, keadaan akan kembali pada paras sokongan selepas PRU, seandainya Barisan Nasional terus menguasai kerajaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment