My Add

Saturday 12 January 2013

Puad Zarkashi tidak takut disaman Guan Eng

BATU PAHAT, JUMAAT, 11 Januari, 2013: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi tidak bimbang dengan tindakan saman Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan menegaskan beliau sama sekali tidak akan tunduk kepada tuntutan agar beliau meminta maaf atau menarik balik kenyataannya.

Menurutnya, apa yang ditimbulkan adalah persoalan sama ada parti itu akan mengedar 100,000 Bible versi bahasa Melayu di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor dan bukan satu tuduhan seperti yang didakwa.

"Saya tidak takut dengan ugutan Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) untuk saman, kerana saya tidak tuduh sebaliknya hanya bertanya, oleh itu saya tidak akan minta maaf kepadanya.

"Tetapi saya berharap Guan Eng dan Menteri Besar di Kelantan, Kedah dan Selangor untuk menjawab persoalan itu kerana ia penting untuk diketahui masyarakat,'' katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment