My Add

Wednesday 9 January 2013

Raja Perlis terima menghadap dua duta besar

KANGAR, RABU, 09 Januari, 2013: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid menerima menghadap dua duta besar di Istana Arau, malam tadi.

Mereka ialah Duta Besar Indonesia, Herman Prayitno dan Duta Besar Poland, Dr Adam Waclaw Jelonek yang kini dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Perlis.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalulllail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan isteri Herman, Ratna Andarwaty.

Ketika di Perlis, kedua-dua duta itu melawat kawasan industri kecil di Batu Bertangkup, Taman Rimba Herba di Sungai Batu Pahat, Institut Agroteknologi Lestari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Sungai Chuchoh dan Padang Besar. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment