My Add

Saturday 12 January 2013

Rakyat Malaysia tolak revolusi ala `Arab Springs'

KUALA LUMPUR, SABTU, 12 Januari, 2013: Rakyat Malaysia pasti akan menolak revolusi ala-Arab atau Arab Springs kerana tiada alasan untuk terikut-ikut, apatah lagi selepas melihat kesan buruk berpanjangan akibat revolusi seumpama itu, menurut beberapa penganalisis dan pemerhati politik.

Lantaran itu sebarang usaha parti pembangkang untuk cuba membangkitkan penentangan rakyat terhadap kerajaan menerusi protes jalanan pasti tidak akan mendapat sokongan majoriti penduduk Malaysia.

Penganalisis politik Dr Kaisan Abdul Rahman memberikan lima alasan kenapa rakyat akan menolaknya, iaitu;

* Amalan demokrasi di Malaysia terbukti sudah cukup baik dengan pilihan raya tetap diadakan lima tahun sekali tanpa gagal dan proses demokrasi yang mapan sehingga membawa kemajuan negara yang membanggakan dan kesejahteraan hidup rakyat.

* Melalui pilihan raya umum, rakyat boleh memilih kerajaan yang mereka mahu dan suara majoriti sentiasa dihormati dengan bukti yang jelas apabila empat negeri kini diperintah pembangkang.

* Rakyat Malaysia yang bijak tahu muslihat sebenar di sebalik percubaan untuk mencetuskan huru hara yang didalangi pembangkang, yang bukan untuk memenuhi tuntutan yang mereka dakwa, sebaliknya untuk kepentingan pemimpin pembangkang yang rakus untuk berkuasa walaupun dengan mengorbankan kesejahteraan rakyat dan imej negara.

* Rakyat Malaysia tidak sebodoh yang disangka oleh pembangkang untuk mengubah kerajaan yang ada, apatah lagi mengorbankan keamanan dan kerukunan hidup serta merosakkan pertumbuhan ekonomi yang mantap yang telah dibina sejak lebih 50 tahun lepas. 

* Kerajaan yang diterajui Barisan Nasional sekarang begitu telus, malah sentiasa berusaha memperbaiki prestasi untuk meningkatkan kebajikan rakyat melalui pelbagai program dan bantuan, yang mana di negeri-negeri diperintah pembangkang hanya tinggal janji kosong.

"Saya yakin berapa kali lagi pun pembangkang menganjurkan perhimpunan, ia tidak akan berhasil mencetuskan Arab Springs, malah akan membuatkan rakyat lebih membenci kerakusan pembangkang. Rakyat Malaysia sangat menghargai keamanan yang dinikmati sekarang," katanya kepada Bernama. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment