My Add

Monday 21 January 2013

Rakyat Sabah diingat tidak buat eksperimen politik

KOTA KINABALU, ISNIN, 21 Januari, 2013: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin mengingatkan masyarakat di negeri itu agar tidak melakukan eksperimen politik dengan memilih kerajaan yang belum diuji pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Katanya masyarakat mesti menilai usaha yang dilaksana kerajaan sedia dalam membawa kemakmuran kepada negeri dan negara, serta menolak dakyah yang cuba memperkecilkan usaha itu.

"Kita perlu mengambil iktibar daripada negara yang tidak stabil kepimpinan politiknya.

"Hanya parti politik yang telah diuji dan dapat bertahan semenjak zaman merdeka sahajalah yang berupaya mewujudkan kerajaan yang stabil serta menjamin kesejateraan rakyatnya tanpa mengira kaum ke arah pembentukan masyarakat yang adil," katanya.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri berkata demikian ketika berucap pada majlis perhimpunan pegawai dan tenaga kerja kementerian, jabatan dan agensi di bawahnya di Wisma Pertanian, dekat sini hari ini.

Beliau berkata pembangunan yang rakyat kecapi sekarang tidak datang dengan begitu sahaja, sebaliknya kerana kewujudan kerajaan yang stabil dan pengendali jentera kerajaan termasuk penjawat awam yang cekap dan profesional. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment