My Add

Tuesday 15 January 2013

Ramai guru tidak faham sejarah negara

KUALA LUMPUR, ISNIN, 14 Januari, 2013: Golongan pendidik khususnya yang mengajar mata pelajaran sejarah perlu memahami mata pelajaran itu secara mendalam terutama dalam bab Perlembagaan serta perundangan negara.

Tokoh sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim (gambar) berkata, hal demikian terjadi kerana golongan itu didapati masih 'kabur' dalam memberikan penjelasan berkaitan sejarahmeliputi asas-asas pembentukan negara.

''Sejarah mesti dijelaskan oleh guru yang benar-benar faham sejarah. Sekarang ini banyak guru tidak faham sejarah. Mereka sekadar mengajar sejarah untuk membolehkan pelajar lulus peperiksaan. Itu bukan matlamatnya.

''Sejarah bukan untuk peperiksaan sahaja tetapi membantu kita memahami banyak perkara seperti soal negara. Sejarah Malaysia misalnya, amat rumit dan ia perlu difahami dengan mendalam,'' katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment