My Add

Saturday 5 January 2013

Ratusan ribu penyokong Fatah berarak di Gaza

GAZA CITY, SABTU, 05 Januari, 2013: Beratus-ratus penyokong Presiden Palestin, Mahmud Abbas daripada Parti Fatah mengadakan perhimpunan secara besar-besaran buat kali pertama sejak Hamas menguasai kawasan ini pada 2007 di sini, semalam.

Pertubuhan Hamas yang menandatangani perjanjian damai dengan Fatah, membenarkan perhimpunan itu diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-48 perjuangan Fatah menentang Israel.

Ribuan penyokong turut membawa bendera Palestin dan Fatah serta gambar Abbas ketika mengadakan perarakan berkenaan.

Sambutan ulang tahun terbabit bagi meraikan operasi pertama kumpulan sayap Fatah yang dikenali sebagai Al-Assifa menentang rejim Zionis pada 1 Januari 1965.- AFP

No comments:

Post a Comment