My Add

Tuesday 22 January 2013

RCI: Jangan buat spekulasi, tunggu keputusan siasatan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 21 Januari, 2013: Orang ramai diminta menunggu sehingga Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) selesai menyiasat dan mengumumkan keputusannya berhubung pemberian hak kerakyatan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) pada masa lalu.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Dr. Chandra Muzaffar berkata, ini bagi membolehkan rakyat di Sabah dan Semenanjung mempunyai gambaran jelas tentang apa sebenarnya berlaku.

"Kenyataan oleh saksi individu tidak boleh dilihat sebagai kebenaran keseluruhan. Lagipun, kenyataan oleh beberapa saksi pada hari ketiga siasatan telah disangkal oleh testimoni berikutnya pada hari keempat dan kelima. Oleh itu, kita perlu menunggu penyiasatan selesai sebelum membuat spekulasi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, mewujudkan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat isu berkaitan perbalahan dan kontroversi yang menjadi kebiasaan di Sabah selama hampir tiga dekad merupakan tindakan yang berani oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment