My Add

Sunday 20 January 2013


Remaja lelaki larikan murid tahun lima direman

KUALA LUMPUR, SABTU, 19 Januari, 2013: Polis menahan seorang remaja lelaki yang dipercayai melarikan seorang murid tahun lima ketika mangsa keluar bersama neneknya di sebuah pasar raya di Bukit Sentosa, Rawang di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi (gambar) berkata, remaja itu ditahan semalam dan direman selama tujuh hari bermula hari ini mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.

Beliau berkata, selain itu, polis turut menyiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol ekoran pemeriksaan perubatan mendapati kedua-duanya pernah melakukan hubungan seks.

"Hasil pemeriksaan doktor menunjukkan terdapat kesan koyakan lama di kemaluan mangsa. Soal siasat terhadap suspek dan mangsa, mereka mengakui pernah melakukan hubungan seks sebelum ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment