My Add

Thursday 10 January 2013

Resepsi perkahwinan Zakiah Anas 19 Januari

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 10 Januari, 2013: Selebriti TV3, Zakiah Anas, 46, akan mengadakan majlis resepsi perkahwinannya dengan Raja Shahrul Azmi Raja Sahar, 42, pada 19 Januari ini.

Majlis resepsi tersebut akan berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, di sini pada pukul 8 malam.

Zakiah yang melangsungkan pernikahan pada 12 Disember lalu di Masjid Kota Damansara berkata, majlis resepsi yang bertema persandingan dalam taman akan dihadiri oleh 400 tetamu.

"Majlis resepsi ini kecil sahaja untuk merai rakan-rakan terdekat dan saudara mara kedua belah pihak," katanya yang menggunakan khidmat perundingan perkahwinan Sia Duhassia. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment