My Add

Wednesday 23 January 2013

Rusia haramkan propaganda gay

 *SEORANG aktivis Ortodoks bergelut dengan seorang penyokong kempen yang memperjuangkan hak kumpulan homoseksual semasa tunjuk perasaan di hadapan bangunan State Duma, Moscow, semalam. - AGENSI

MOSCOW, SELASA,22 Januari, 2013: Rusia akan mengharamkan 'propaganda gay' dan majlis umum yang menggalakkan permintaan hak golongan homoseksual di dalam rang undang-undang baharu.

Pengharaman itu akan menyaksikan perbuatan bercium antara lelaki di khalayak umum boleh didenda sehingga 10,000 pound (RM48,100).

Rang undang-undang itu dicadangkan oleh Kremlin dan Gereja Ortodoks Rusia yang mengharamkan pemberian maklumat walaupun sedikit, yang disifatkan sebagai 'propaganda sodomi, lesbianisme, biseksual dan transgenderisme'.

Acara dan majlis umum yang menggalakkan permintaan hak golongan gay juga diharamkan sama sekali.

Perbuatan bercium sesama jenis boleh didefinisikan sebagai 'propaganda homoseksual'.

Rang undang-undang itu akan dibentangkan di Parlimen Rusia pada bulan ini.

Stesen televisyen, Fox News melaporkan, rang undang-undang itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk mempromosikan nilai tradisional Rusia.

Ini ekoran liberalisme Barat yang dilihat oleh Kremlin dan pihak gereja mampu merosakkan belia negara ini dan menyumbang kepada gelombang membantah pentadbiran Presiden, Vladimir Putin.

Kremlin sebelum ini telah melaksanakan beberapa undang-undang yang dikatakan bertujuan untuk melindungi belia Rusia sejak beberapa bulan lalu.

Antara undang-undang tersebut termasuk membenarkan pengharaman dan menyekat kandungan web dan percetakan yang dilihat bersifat melampau atau tidak sesuai untuk golongan muda.

Seorang ahli sosiologi sebuah badan pemantau bebas Levada Center, Denis Volkov berkata, rang undang-undang antigay itu bersesuaian dengan keinginan kerajaan mengehad pelbagai hak di negara ini.

Bagaimanapun, berhubung rang undang-undang antigay tersebut katanya, rakyat biasa Rusia tidak ambil kisah. - AGENSI

No comments:

Post a Comment