My Add

Thursday 24 January 2013

 Jangan salah tafsir lawatan ke Gaza: Najib

Daripada Ahmad Zaini Kamaruzzaman  

KAHERAH, RABU, 23 Januari, 2013: Datuk Seri Najib Razak hari ini menjelaskan kunjungannya ke Gaza semalam adalah lawatan kemanusiaan dan tidak harus disalah tafsir sebagai campur tangan politik dalaman Palestin.

Perdana Menteri berkata demikian kepada wartawan Malaysia di sini, sebentar tadi.

Najib berkata, beliau telah memaklumkan lawatannya itu kepada pemimpin Fatah, Mahmoud Abbas sebelum ke Gaza dan menjelaskannya sekali lagi kepada Menteri Wakaf Fatah dalam pertemuan di Cairo, malam tadi.

"Mungkin ada pihak salah tafsir dan saya telah jelaskan kepada wakil Fatah ini lawatan kemanusiaan.

"Saya tidak dapat ke Ramallah (Tebing Barat) kerana ruang udara dikawal Israel dan kerajaan negara itu tidak akan benarkan," katanya dalam sidang akhbar di sini sebelum berlepas ke Davos, Switzerland untuk menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF).

Najib juga berkata beliau memang berhasrat ke Ramallah menemui rakyat Palestine di sana, tetapi ada halangan untuk ke sana. - BH

No comments:

Post a Comment