My Add

Saturday 26 January 2013

Seorang lagi mangsa tebusan di Algeria disahkan mati

KUALA LUMPUR, SABTU, 26 Januari, 2013: Kedutaan Besar Malaysia di Algiers mengesahkan Tan Ping Wee telah terkorban semasa insiden tebusan di kompleks cari gali minyak di In Amenas, Algeria.

Menurut laporan tersebut, mayat Ping Wee telah dikenal pasti pasukan forensik melalui rekod pergigian serta pengesahan tatu oleh keluarga mendiang.

Sejurus selepas pengesahan tersebut, Wisma Putra terus memaklumkan kepada ahli keluarganya.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada ahli keluarga mendiang.

"Ketika ini, pihak Kedutaan Malaysia dan JGC Corp sedang menguruskan membawa pulang mayat Ping Wee bersama dengan mayat yang telah dikenal pasti terlebih dahulu Chong Chung Ngen dengan kadar segera," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Serangan militan ke atas kompleks minyak dan gas itu dipercayai berpunca daripada balas dendam terhadap tindakan kerajaan Algeria membenarkan ruang udaranya diguna pesawat tempur Perancis untuk menyerang pemberontak Islam di Mali. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment