My Add

Saturday 5 January 2013

Shaziman gesa PBT tubuh unit cerun, pantau kejadian tanah runtuh

SERDANG, SABTU, 05 Januari, 2013: Kementerian Kerja Raya hari ini menggesa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menubuhkan unit cerun bagi memantau kejadian tanah runtuh di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, berkata hanya sebilangan kecil saja PBT yang mempunyai unit cerun sendiri termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Kita sangat memerlukan lebih ramai pakar geologi yang dapat memantau keadaan cerun. Buat masa ini hanya 34 pakar geologi di JKR...itu pun tidak mencukupi kerana perlu memantau seluruh negara

"Malah, antara PBT yang dilengkapi dengan unit sepeti ini ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

"Kami sudah mengenal pasti 21,000 cerun yang perlu dipantau, iaitu membabitkan pemantauan aspek kestabilannya pada setiap masa", katanya ketika ditemui selepas meninjau keadaan tembok runtuh di Universiti Putra Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sudah meluluskan garis panduan bagi pembinaan bangunan di kawasan cerun.

"Saya berpendapat bahawa garis panduan ini boleh dilengkapkan lagi dengan unit pemantauan cerun sendiri khususnya kepada PBT yang memunyai penempatan tinggi", katanya.
Dalam kejadian jam 6.15 petang semalam, tembok penghadang berukuran enam meter dengan ketinggian dua meter runtuh sehingga mengakibatkan tujuh motosikal milik pelajar Kolej Serumpun UPM rosak teruk. - BH

No comments:

Post a Comment