My Add

Sunday 20 January 2013

Sindiket penyeludupan rokok kretek tumpas

KUALA TERENGGANU, AHAD, 20 Januari, 2013: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Terengganu menumpaskan sindiket penyeludupan rokok kretek di negeri ini berikutan tertangkapnya dua lelaki dalam serbuan terhadap sebuah premis di Kampung Tasik, Bukit Payung di Marang.

Dalam serbuan pada 12 tengah hari Khamis lepas, pihak berkuasa merampas 15,180 karton rokok kretek dan rokok putih yang belum lulus cukai Kastam bernilai RM179,560.

"Anggaran selepas cukai rokok kretek dan rokok putih itu ialah RM976,750.40,"kata Pengarah Kastam negeri, Abdullah Zawawi Abdul Latiff pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki tempatan berusia 34 dan 43 tahun dan bekerja sebagai peniaga itu ditahan reman selama enam hari mulai tarikh mereka ditangkap.

Abdullah Zawawi berkata, kedua-dua lelaki terbabit dipercayai menyeludup rokok berkenaan yang diperoleh menerusi sindiket pengedar di pantai barat.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment