My Add

Monday 7 January 2013

SPNB bakal bina 21,000 rumah mesra rakyat

MELAKA, AHAD, 06 Januari, 2013: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bakal membina sebanyak 21,000 unit rumah di bawah program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di seluruh negara pada tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Idris Haron (gambar) berkata, SPNB akan membina RMR1M berharga RM65,000 seunit dengan nilai subsidi sebanyak RM20 juta serta subsidi kadar faedah ke atas pinjaman sebanyak dua peratus.

Menurutnya, SPNB telah diberi kepercayaan oleh kerajaan dengan peruntukan RM320 juta bagi membina sebanyak 22,855 unit kediaman termasuk pangsapuri kos rendah dan sederhana, RMR1M sert (gambar)a rumah mampu milik.

"Daripada jumlah itu, SPNB bakal membina sebanyak 21,000 RMR1M manakala selebihnya 1,855 unit lagi merupakan unit pangsapuri kos sederhana yang bernilai antara RM120,000 hingga RM220,000," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment