My Add

Tuesday 8 January 2013

SPRM perlu siasat pemilihan CEC DAP

KUALA LUMPUR, ISNIN, 07 Januari, 2013: DAP wajar membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat proses pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu jika benar-benar mereka memperjuangkan integriti seperti yang sering dilaungkan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, siasatan itu penting bagi memastikan ketelusan dalam pemilihan CEC dan jika DAP enggan berbuat demikian, parti tersebut wajar menukar nama kepada Parti Tipu Semua.

"DAP bukan Democratic Action Party (Parti Tindakan Demokratik) tetapi Deceive All Party (Parti Tipu Semua) jika mereka enggan membenarkan SPRM menyiasat proses pemilihan parti yang menimbulkan tanda soal dan luar biasa.

"Mereka selalu berselindung kononnya sebagai parti yang bersih dan telus jadi benarkan SPRM siasat bagi memastikan pemilihan CEC tiada unsur-unsur penyalahgunaan kuasa, rasuah dan dijalankan dengan telus," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment