My Add

Sunday 6 January 2013

SPRM tahan tiga individu

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS

KUALA LUMPUR, SABTU, 05 Januari, 2013: Pembantu khas kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang merupakan antara tiga individu yang ditahan kerana dipercayai cuba merasuah seorang lelaki RM30,000 sebagai suapan bagi menarik balik laporan polis berkaitan gangguan seksual terhadap isterinya.

Menurut sumber, lelaki berusia 56 tahun itu dikatakan hadir bersama ketika penyerahan wang suapan yang dilakukan di sebuah restoran di pulau itu kira-kira pukul 11 malam kelmarin.

"Lelaki itu hadir di restoran tersebut bersama dua lagi individu dan menyaksikan penyerahan wang yang dilakukan oleh salah seorang daripada mereka.

"Ketiga-tiga lelaki itu kemudian ditahan oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) hasil maklumat awam," kata sumber itu kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment