My Add

Sunday 6 January 2013

Syarat bina rumah diperketatkan
Oleh JAMLIAH ABDULLAH

ALOR SETAR, SABTU, 05 Januari, 2013: Kerajaan akan mengetatkan syarat pembinaan projek perumahan di kawasan tanah tinggi termasuk memastikan mempunyai pendekatan penyelesaian kejuruteraan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, pemaju perlu mematuhi syarat tersebut kerana kejadian tanah runtuh di kawasan kediaman kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

"Saya percaya sudah sampai masanya kita menjadi lebih tegas walaupun pemaju kemungkinan akan berkata mereka perlu berbelanja lebih banyak untuk memajukan kawasan perumahan tersebut mengikut pendekatan penyelesaian kejuruteraan yang tepat," katanya dalam majlis penyampaian peruntukan kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Tabika Kemas di kawasan Parlimen ini, di sini hari ini.

Menurutnya, kementeriannya akan bekerjasama dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) bagi melakukan kajian berhubung pendekatan terbaik mengatasi kejadian tanah runtuh. - USANUT

No comments:

Post a Comment