My Add

Tuesday 8 January 2013

Tanah diteroka, orang lain dapat

Oleh JULIA ISMAIL

*DUA peneroka kecewa apabila tanah yang mereka usahakan sejak puluhantahun lalu diberi kepada pihak lain di Relai, Gua Musang semalam.

GUA MUSANG, ISNIN, 07 Januari, 2013: Tindakan kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas memajak tanah seluas 4,000 hektar di Relai dekat sini, kepada sebuah syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan dua pemimpin DAP Perak telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan penduduk yang sudah hampir 20 tahun mengusahakan tanah di kawasan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Norzula Mat Diah berkata, setelah sekian lama penduduk mengusahakan tanah tersebut, mereka masih tidak diberi geran walaupun telah banyak kali membuat permohonan sejak beberapa tahun lalu.

Menurut beliau, kelulusan terhadap permohonan pajakan tanah bukan mudah dilakukan tetapi kerajaan negeri seolah-olah begitu cepat memajak tanah tersebut kepada syarikat luar.

"Lebih 10,000 permohonan daripada penduduk di seluruh daerah untuk mendapatkan geran telah dihantar kepada Majlis Daerah Gua Musang tetapi tidak satu pun diluluskan, namun hairannya permohonan yang dibuat oleh syarikat swasta mendapat kelulusan yang cepat daripada kerajaan negeri," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

No comments:

Post a Comment