My Add

Saturday 5 January 2013

Tanah runtuh: Syarat pembinaan perumahan diperketat

ALOR SETAR, SABTU, 05 Januari, 2013: Kerajaan akan mengetatkan syarat pembinaan projek perumahan di kawasan tanah tinggi termasuk memastikan mempunyai pendekatan penyelesaian kejuruteraan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, pemaju perlu mematuhi syarat tersebut kerana kejadian tanah runtuh di kawasan kediaman kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

''Saya percaya sudah sampai masanya kita perlu menjadi lebih tegas walaupun pemaju-pemaju kemungkinan akan berkata mereka perlu berbelanja lebih banyak untuk memajukan kawasan perumahan tersebut mengikut pendekatan penyelesaian kejuruteraan yang tepat.

''Namun demi keselamatan rakyat dan harta benda, kejadian tanah runtuh di kawasan perumahan seperti ini tidak boleh dikompromi lagi,'' katanya dalam majlis penyampaian peruntukan kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Tabika Kemas di kawasan Parlimen ini di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment