My Add

Monday 21 January 2013

Tangkis fitnah dengan fakta - Zahid Hamidi

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN

BAGAN DATOH, ISNIN, 21 Januari, 2013: "Saya yakin mereka (pembangkang) menyimpan isu-isu yang akan "diletupkan" sebagai strategi mengalahkan BN (Barisan Nasional), ini lumrah. BN dan UMNO perlu bersiap sedia menjawab segala isu yang akan dibangkitkan.

"Walaupun isu yang dibangkitkan adalah fitnah dan tohmahan, tapi kalau diulang-ulang maka akan dianggap sebagai suatu kebenaran. Oleh sebab itu, jentera kita kena jawab dengan menampilkan fakta-fakta."

Demikian ditegaskan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sambil mengingatkan seluruh jentera parti supaya bersiap sedia dengan segala fakta bagi menangkis gelombang fitnah pembangkang yang dijangka lebih berleluasa menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013 kepada 402 murid Sekolah Kebangsaan Simpang Empat di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas tohmahan terbaharu pembangkang kononnya kerajaan ada menerima RM207 bilion daripada kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada rakyat Malaysia yang menjadi buruh paksa dalam pembinaan kereta api Siam-Burma semasa Perang Dunia Kedua.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan baru-baru ini menjelaskan, dokumen yang dikaitkan dengan tuduhan itu adalah palsu, malah kedutaan Jepun menulis surat kepada kerajaan menafikan negara itu pernah memberi pampasan tersebut. - UTUSA

No comments:

Post a Comment