My Add

Saturday 19 January 2013

Tertuduh nafi berbohong di mahkamah

 R.Khatavarayan
 SHAH ALAM, JUMAAT, 18 Januari, 2013: Tertuduh keempat, R. Kathavarayan menafikan segala keterangan yang diberikan sejak Isnin lalu di Mahkamah Tinggi di sini adalah rekaan dan dia berbohong mengenai apa yang telah berlaku di Ladang Gadong, Banting pada 30 Ogos 2010.

Sebaliknya, tertuduh itu memberitahu keterangannya merupakan apa yang dilihatnya pada hari jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dikatakan telah menemui ajal masing-masing.

Namun begitu, pada prosiding yang sama, bekas pekerja ladang terbabit tetap mengatakan, pertuduhan yang dikenakan adalah salah dan dia telah dianiaya kerana tiada berlaku sebarang pembunuhan pada hari tersebut antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam di tempat tersebut.

Terdahulu, pada awal prosiding, peguam bela, Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama, N. Pathmanabhan, 44, tiba-tiba ‘mengimbau’ kembali peristiwa kedua-dua mereka menaiki lif sama selepas habis rehat tengah hari semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment