My Add

Friday 25 January 2013

Tiga mengaku salah cederakan polis, larikan diri

BUTTERWORTH , JUMAAT, 25 Januari, 2013: Tga tahanan yang ditangkap semula selepas meloloskan diri dari polis pada 7 Januari lepas, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima tuduhan termasuk mencederakan empat anggota polis pengiring.

Mohamad Farid Akhtar, 24; Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28; dan Mohamad Khairulnizam Abdul Rani, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Hizween Azleena Othman Kamal.

Bagi empat tuduhan pertama, mereka didakwa mencederakan anggota polis Mohd Nazzuwan Md Zain, Mohd Azizan Ahmad, Muhammad Sharifuddin Ali dan T.K. Mahendran yang mengiringi mereka dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di sini.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut sebelum melarikan diri di Jalan Susur Keluar Bagan Ajam , Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth, di sini, pada pukul 9.45 pagi, 7 Januari lepas.

Bagi tuduhan kelima, mereka didakwa dengan niat bersama dan sengaja telah melarikan diri dari jagaan pasukan pengiring polis selepas ditahan atas kesalahan jenayah sebelum itu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada tempat, masa dan tarikh yang sama. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment