My Add

Thursday 17 January 2013

Tindakan ROS batal pendaftaran Snap sah

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA, KHAMIS, 17 Januari, 2013: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan pendaftaran Parti Kebangsaan Sarawak (Snap), hampir 11 tahun lalu adalah sah di sisi undang-undang.

Panel lima hakim diketuai oleh Tan Sri Abdull Hamid Embong memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan ROS untuk mengetepikan perintah Mahkamah Rayuan.

Kuorum itu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) yang menolak permohonan bekas Timbalan Presiden Snap, Datuk Justine Jinggut untuk mengetepikan keputusan ROS.

Badan tersebut merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Jun 2011 yang mengisytiharkan pembatalan pendaftaran Snap sebagai tidak sah selepas membenarkan rayuan Justine.

Turut bersidang, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Ahmad Maarop, Datin Paduka Zaleha Zahari dan Datuk Seri Sulong Matjeraie.

Snap yang didaftarkan pada 10 April 1961 diisytiharkan terbatal pendaftarannya pada 5 November 2002 ekoran kegagalan parti itu menyelesaikan krisis kepimpinannya. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment