My Add

Monday 21 January 2013

Tipu kutip duit rumah anak yatim di medan selera, dipenjara 3 tahun

*TERTUDUH, Mazli Abd. Ghani hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu atas tuduhan menipu iaitu kononnya mengutip derma untuk rumah anak yatim di medan selera Jalan Bayam di bandar itu, 15 Januari lalu. - UTUSAN

KOTA BHARU, ISNIN, 21 Januari, 2013: Tindakan menipu di kawasan medan selera dengan berpura-pura kononnya sebagai pengutip derma untuk rumah anak yatim akhirnya membawa padah kepada seorang lelaki dari sini.

Lelaki itu, Mazli Abd. Ghani, 38, dari Jalan Telipot di sini, dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun kerana kesalahannya itu.

Majistret Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazaly menjatuhkan hukuman itu mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan selepas tertuduh mengaku melakukan kesalahan itu. Tertuduh melakukan perbuatan itu pada kira-kira pukul 2.15 petang, 15 Januari lalu di Medan Selera Stadium Jalan Bayam dekat sini.

Tertuduh mendakwa konon dirinya pemungut derma rumah anak-anak yatim Madrasah Al-Fununiah Al-Tunjuniah atau Pondok Tunjong, bagi menipu daya seorang lelaki di medan selera itu. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment