My Add

Tuesday 8 January 2013

TLDM selesaikan hutang ah long

Oleh ASLIZA MUSA

*ABDUL Aziz Jaafar (dua dari kiri) beramah-mesra dengan anggota TLDM sambil diperhatikan oleh Abd. Hadi A. Rashid (kiri) dalam Majlis Perutusan Tahun Baru 2013 dan Pelancaran Pelan Strategik TLDM 2013-2020 di Pangkalan TLDM, semalam.

LUMUT, ISNIN, 07 Januari, 2013: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya menyelesaikan sebanyak RM139,000 hutang ceti haram atau ah long yang melibatkan 102 anggotanya.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, bayaran itu merupakan jumlah yang berjaya dikurangkan hasil perundingan bersama pihak berkenaan walaupun jumlah sebenar yang patut dibayar RM370,000.

Katanya, kegiatan meminjam wang daripada 'lintah darat' itu melibatkan anggota pelbagai pangkat dan dalam hal itu TLDM menggunakan pendekatan penerangan dan ceramah untuk membantu mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment