My Add

Wednesday 16 January 2013

TNB cadang beri insentif kepada pelapor kecurian

KOTA BHARU, RABU, 15 Januari, 2013: - Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan bercadang memberi insentif kepada pemberi maklumat kejadian mencuri peralatan pendawaian di pencawang elektrik yang semakin serius di negeri ini.

Pengurus Besar TNB Kelantan, Datuk Zulkifli Ab. Rahman berkata, walaupun kos fizikalnya kecil, kejadian itu boleh mengganggu perkhidmatan bekalan elektrik selain kerosakan pada peralatan elektrik.

Alat yang sering dicuri itu dikenali sebagai dawai pembumian elektrik terdapat di setiap pencawang bagi mengawal kuasa elektrik dari voltan tinggi ke premis pelanggan.

Bercakap kepada pemberita pada Program TNB Bersama Pelanggan peringkat Negeri Kelantan di Menara TNB di sini, hari ini, beliau menyifatkan kejadian kecurian seperti itu di negeri ini serius dan perlu diambil tindakan segera.

Katanya dalam tempoh seminggu dari 6 Januari hingga 12 Januari sahaja, enam kes kecurian dilaporkan berlaku kebanyakannya di pencawang elektrik di jajahan Pasir Mas dan Tumpat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment