My Add

Thursday 17 January 2013

TNB perkenal bil baharu

KUALA TERENGGANU, RABU, 16 Januari, 2013: Tenaga Nasional Bhd. (TNB) akan memperkenalkan bil elektrik baharu kepada pengguna bermula April ini.

Penolong Pengurus Besar (Pembangunan Perkhidmatan dan Pemasaran) Jabatan Perkhidmatan Pengguna & Pemasaran Bahagian Pembahagian TNB, Noraini Shaarani berkata, bil baharu itu lebih ringkas dan mudah difahami.

“Saiznya masih dikekalkan selain turut memberi maklumat dan kempen semasa di belakang bil, bergantung kepada isu-isu semasa seperti banjir dan lain-lain," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena pelancaran program TNB Bersama Pelanggan 2013 Peringkat Negeri di Pusat Khidmat Pelanggan (PKP), di sini hari ini.

Program tersebut dirasmikan oleh Ketua Bahagian Perolehan Pembelian dan Perkongsian TNB, Ir. Nor Azli Shari. Yang turut hadir Pengurus Besar TNB negeri, Md. Yuslan Md. Yusof.

TNB bayar faedah RM71 juta kepada pelanggan

JOHOR BAHRU: Tenaga Nasional Bhd. (TNB) telah membayar lebih RM71 juta kepada 7.4 juta pelanggannya di seluruh negara dalam bentuk faedah ke atas deposit akaun elektrik mereka untuk 2012.

Pengurus Besar Kanan (Operasi Wilayah 1, Bahagian Pembahagian), Datuk Ir. Mustafa Din berkata, amalan lazim yang dipraktikkan setiap tahun itu melibatkan 2.5 peratus daripada jumlah yang telah didepositkan.

"Faedah tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun pelanggan pada bil Januari 2013. Pemberian itu merupakan amalan tanggungjawab korporat sosial (CSR) TNB terhadap masyarakat sejak 10 tahun lalu," katanya ketika berucap sebelum melancarkan Program TNB Bersama Pelanggan peringkat negeri di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengurus Besar TNB negeri, Datuk Mohd. Aminuddin Mohd. Amin.  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment