My Add

Thursday 10 January 2013

Tuanku Syed Sirajuddin lancar buku Istana Negara

Oleh HUSSAINI AMRAN
,
 *TUANKU Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan melihat buku Istana Negara sambil diperhatikan oleh Rais Yatim (kanan) dan Md. Nizam Md. Sheriff (kiri) selepas baginda melancarkan buku berkenaan di Kuala Lumpur, malam tadi. - UTUSAN/ASWAD YAHYA

KUALA LUMPUR, RABU, 09 Januari, 2013: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan majlis pelancaran penerbitan khas buku Istana Negara di sini malam ini.

Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj Sultan Badlishah turut berangkat dalam majlis itu.

Yang turut hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim sebagai wakil khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen; Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar serta pengarah penerbitan dan pengarang buku Istana Negara, Datuk Md. Nizam Md. Sheriff.

Idea penerbitan buku itu tercetus hasil ilham Tuanku Syed Sirajuddin yang mahu buku tersebut menjadi bahan rujukan dan pemahaman tentang mercu tanda negara kepada generasi sekarang dan masa akan datang.

Tuanku Syed Sirajuddin sewaktu bertitah dalam majlis berkenaan menyifatkan Istana Negara sebagai lambang institusi diraja yang masih kukuh dan berdaulat di negara ini.

Titah baginda, keindahan seni bina Islam dan Melayu pada Istana Negara yang baharu itu lebih ketara dan mendapat sentuhan hampir 100 peratus kepakaran tempatan.

“Sesungguhnya saya bersyukur dan berbangga dengan berkat Allah SWT kerana kerajaan hari ini berjaya membangunkan sebuah kompleks yang menjadi mercu tanda dan simbol kebanggaan sistem pemerintahan raja berperlembagaan di negara tercinta ini.

“Sejarah telah tercatat di Istana Negara pada 11 April 2012 melalui pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah. Bermula dari tarikh berkenaan, Istana Negara yang serba lengkap dan terancang rapi ini m- UTUSANemenuhi sifat dan fungsinya sebagai tempat istiadat utama dan persemayaman Yang di-Pertuan Agong," titah baginda.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, seni bina Istana Negara merentasi pelbagai pemahaman tentang ketamadunan manusia dan interaksinya dengan alam.

Titah baginda, pembinaan Istana Negara yang mencabar mampu memberi kepuasan dari aspek kepelbagaian ilmu berkaitan manusia. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment